Hadis Empat Puluh
Hadis empat puluh adalah koleksi
hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang
bernama Matan
Arba'in. Terdapat
sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang
membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam
Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis
himpunan Imam Nawawi.
" Dari Amirul Mukminin Umar
Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - '
Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya
bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang
berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan
RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia
memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka
hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Hadis Kedua
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya :
Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari,
tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba
putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan
tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan
ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan
kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin
Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu
didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "
" Dari Abu
Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah
menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan
kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya
dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi
segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian
itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan
roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara :rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain
daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan
ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta
sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir )
sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam
neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli
neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba
dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli
syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
" Daripada
Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah
SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya
adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat
yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan
yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "
"Dari Abu
Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram
itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (
tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang
yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti
orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke
dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana
seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan
masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan,
dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan
ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah
seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu.
Itulah hati. '
Dari Abu Ruqayah
Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah
nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW
: ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin
dan orang awamnya. '
Dari Ibn Umar
r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku diperintahkan untuk
memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan
bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka
jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda
mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka
terserahlah kepada Allah Ta'ala. '
Dari Abu Hurairah
Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW
bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu
tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan
sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu
disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap
Nabi-Nabi mereka.
Dari Abu Hurairah
r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu
baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya
Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para
Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari
yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi :
' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami
berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang
lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua
belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku !Sedangkan makanannya dari yang haram,
minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah
dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk
dikabulkan. '
Dari Abu
Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya
r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah
apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. "
Dari Abu Hurairah
r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam
sesaorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena
dengannya. "
Dari Abu Hamzah,
Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada
beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia
menyintai dirinya sendiri.
Dari Ibnu Mas'ud
r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang
Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan
jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang
memisahkan diri dari jemaah.'
Dari Abu Hurairah
r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada
Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan
barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik
kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "
Dari Abu Hurairah
r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah
kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu
berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW
mengatakan : " Jangan marah ! "
Dari Abi Ya'la
Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah
telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua
pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila
menyembelih maka elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu menajamkan
mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. "
Dari Abu Dzar,
Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah
SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada.
Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik
itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan
perangai yang bagus. "
Dari Abu Abbas,
Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di
belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda
: ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.
Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (
kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.
Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta
pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua
umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya
mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang
telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk
menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu
menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu.
Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '
Dari Abu Mas'ud,
Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda
Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai
untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '
Dari Abu Amru dan
dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya
pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai
Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain
daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah,
kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "
Dari Abu
Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang
lelaki kepada Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua
sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang
halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas
demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. "
Dari Abu Malik
Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW :
' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan
Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi.
Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan
Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang
menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '
Dari Abu Dzar
Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah
Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu !
Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan
haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "

Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat
Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang
kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami
sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula
dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "
Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? "
Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. "

Daripada Abu
Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia
harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan
antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki
tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas
tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada
tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau
menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "
Dari An-Nawwas
bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi
pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau
dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.
~ Riwayat Muslim
Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "

Dari Abi Najih
bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan
suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka
kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang
terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : '
Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla
serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan
perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan
sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada
Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya
dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ).
Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '
Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '
Dari Muaz bin
Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan
aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

Dari Abi
Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang
bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa
kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa
hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan
beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan
beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka
janganlah kamu membahas mengenainya. "
Dari Abu Abbas,
Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki
kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu
amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. '
Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '
Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '
Dari Abi Said
Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah
bersabda : " Tiada mudharat dan tiada memudharatkan. "
Dari Ibn Abbas
r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : " Jika dilayankan setiap orang
dengan tuntutannya, nescaya ada orang yang menuntut harta benda orang lain dan
ada pula yang menuntut darahnya. Akan tetapi yang menuntut itu harus menbawa
saksi, manakala yang memungkiri harus bersumpah. "
Dari Abi Said
Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "
Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia
mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka
hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada
berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai
perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.
Dari Abu Hurairah
r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu
berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan
jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah
yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "

r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang
melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia,
nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan
di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "

r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka
Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan
yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita
kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - Allah akan mencatit
disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah
akan mencatitkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda
dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita
mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan
mencatitkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan
cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatitkan baginya satu
kejahatan sahaja.
~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.
~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.
Dari Abu Hurairah
r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala
berfirman : Barangsiapa
yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku
mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub
( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan
semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa
bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku
mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai
pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia
melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan
sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu
nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu
nescaya Aku lindungi ia
Dari Ibn Abbas
r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan
bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala
yang dipaksa ke atas diri mereka
Dari Ibn Umar
r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : '
Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka
Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah
engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah
engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit.
Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "
Dari Abu Muhammad
Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW
: ' Tiada beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa
yang aku sampaikan. ' "
Dari Anas r.a,
katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman
Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.